Tuesday, March 27, 2012

Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Senggugut





Salam Pembaca khasnya Buat Kaum Hawa,

Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk. Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin. 

Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-caranya:

1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat.
2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

DOA 1.


Maksudnya:

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)

DOA 2.


Maksudnya:

(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...