Saturday, March 31, 2012

Hijab Dan Aurat (1)



Haram= dibuat dapat dosa ditinggal dapat pahala

Wajib= dibuat dapat pahala ditinggal dapat dosa
Sunat = dibuat dapat pahala ditinggal tiada apa-apa
Makruh = dibuat tiada apa-apa ditinggal dapat pahala
Harus = dibuat tiada apa-apa ditinggal tiada apa-apa
(Ada beza antara istilah harus dalam Bahasa Indonesia  dan Bahasa Melayu)

Muhrim = mereka yang haram dikahwini

Ajnabi = mereka yang boleh dikahwini         

Hijab

Hijab ialah sesuatu yang digunakan untuk menutup sesuatu.

Aurat

*Aurat ialah sesuatu yang seseorang merasa malu jika ia terdedah.
*Aurat sesuatu yang dipandang tidak baik jika ia dibuka, didedahkan.

Aurat dalam solat

*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut mesti ditutup.
*Perempuan: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan.
*Anggota aurat ini tidak boleh terdedah sewaktu solat. Jika ia terdedah ketika solat dikira batal

Di luar solat

*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut.
*Perempuan: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
*Lelaki dan perempuan Islam haram mendedahkan anggota aurat.

Apakah tumit wanita aurat ?. Khilaf.......
1.      Jumhur: aurat
Aurat bagi mereka yang tabiat kerjanya tidak mendedahkan tumit. Bukan aurat bagi wanita yang tabiat kerjanya mendedahkan tumit. (pendapat pilihan)

Aurat sesama wanita Islam

Anggota di antara pusat dan lutut. Haram sesama wanita Muslimah mendedahkan anggota di antara pusat dan lutut.

Aurat wanita  Islam dengan wanita  bukan Islam.

*Pendapat 1: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan, kecuali perempuan kafir itu beradab mulia.
*Pendapat 2: sama seperti aurat dengan wanita Islam: anggota antara pusat dan lutut
*Pendapat 3: anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita membuat kerja-kerja rumah:  kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke siku,  kaki  hingga ke paras bawah lutut. (pendapat pilihan)

Aurat lelaki  Muslim dengan lelaki dan perempuan  Islam dan bukan Islam :
Anggota di antara pusat dan lutut.

Aurat pandang dan sentuh.
*Perbincangan di atas menjelaskan anggota aurat yang haram didedahkan antara silang jantina dan sama jantina.
*Perbincangan berikut menjelaskan  hukum memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat silang jantina dan sama jantina.

Pandang dan sentuh antara suami isteri:
*Suami harus lihat dan sentuh seluruh tubuh isteri, kerana jimak harus, maka pandang dan sentuh pun harus.
*Isteri  harus lihat dan sentuh seluruh tubuh suami, alasan sama.
*Suami isteri boleh lihat faraj tetapi makruh.

Pandang dan sentuh  silang jantina mahram:
*Lelaki mahram boleh melihat anggota-anggota bukan aurat : yang biasa terdedah sewaktu perempuan di rumah:  muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ketapak tangan, kaki hingga ke lutut.

*Lelaki mahram haram melihat anggota aurat wanita mahram: yang bukan anggota luaran di atas : dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj.
*Lelaki mahram boleh sentuh tanpa alas anggota bukan aurat mahram, jika aman fitnah.
*Lelaki mahram haram menyentuh tanpa alas semua anggota aurat wanita mahram.
*Lelaki mahram boleh menyentuh anggota aurat wanita mahram beralas jika aman fitnah.

Apa yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh lelaki mahram itulah juga yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh wanita pada lelaki mahram, dengan perhatian bahawa aurat lelaki ialah anggota antara pusat dan lutut.

Pandang dan sentuh sesama lelaki Muslim dan bukan Muslim.
*Lelaki Muslim boleh melihat dan menyentuh anggota bukan aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim
*Lelaki Muslim haram melihat dan menyentuh anggota aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim

Lelaki boleh kucup (bukan bibir) lelaki yang baru kembali dari perjalanan jauh jika aman dari fitnah.

Pandang dan sentuh antara lelaki dan lelaki  cantik.
*Lelaki cantik ialah lelaki yang memiliki kecantikan dan perawakan mirip wanita.
*Lelaki boleh melihat dan menyentuh lelaki cantik tanpa syahwat
*Lelaki haram melihat dan menyentuh lelaki cantik dengan syahwat

Pandang dan sentuh antara perempuan Muslim dan bukan Muslim.
*Perempuan Islam boleh melihat seluruh anggota wanita bukan Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut
*Perempuan bukan Islam boleh lihat anggota wanita Islam yang boleh dilihat oleh lelaki mahram: rambut, kepala, muka, tengkuk, dua tangan hingga siku dan kaki hingga ke paras lutut

Pandangan dan sentuhan yang diharuskan ialah yang tidak disertai syahwat.

Pandang dan sentuh silang jantina ajnabi.
*Konsep dasar  dalam persoalan ini ialah tuntutan syarak supaya merundukkan pandangan.
*Perempuan dan lelaki ajnabi boleh lihat anggota bukan aurat atas keperluan muamalat
*Perempuan dan lelaki ajnabi haram melihat anggota aurat
*Perempuan dan lelaki ajnabi haram menyentuh tanpa alas anggota aurat dan bukan aurat kerana tidak ada keperluan.

Keharusan pandang dan sentuh dengan syarat tanpa syahwat dan aman fitnah.

Lihat dan sentuh antara silang jantina ajnabi  kerana hajat/darurat.
Lelaki dan perempuan boleh lihat dan sentuh anggota aurat (termasuk faraj) kerana hajat dan darurat :
- Kadi dan saksi boleh lihat aurat wanita untuk keperluan fungsi sebagai saksi dan kadi.
- Lelaki dan perempuan ajnabi ajnabi boleh lihat anggota aurat untuk tujuan perubatan.
- Lelaki ajnabi boleh lihat wanita untuk tujuan kahwin. Syarat boleh lihat :

1.Lelaki terbabit yakin ibu bapa perempuan itu akan menerimanya
2.Lihat tanpa syahwat
3.Lihat kadar yang harus sahaja
pendapat 1: muka dan tapak tangan sahaja
pendapat 2 : anggota yang pada kebiasaannya terdedah, muka, tengkuk,  kaki dan tangan.
pendapat 3 : tempat-tempat yang biasanya ada daging.
pendapat 4: semua tubuh kecuali faraj dan dubur
  Pendapat pilihan: anggota yang mudah terdedah dengan tidak
  membataskan kepada muka dan tapak tangan.
4.Boleh lihat perempuan yang hendak dipinang sahaja.



infio dari 
http://hasni.blogdrive.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...