Saturday, March 31, 2012

Hijab Dan Aurat (2)



Melihat perempuan tua

Perempuan tua bermaksud perempuan yang tidak lagi merangsang syahwat.
Boleh dilihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah

Melihat anak perempuan yang masih kecil

Lelaki ajnabi boleh melihat seluruh badan anak perempuan masih kecil yang belum lagi merangsang syahwat. Jika merangsang syahwat haram.

Melihat gambar / bayang / adegan silang jantina ajnabi .
Gambar dan bayang seseorang dapat dilihat dalam keadaan berikut: gambar , filem, bayang dalam cermin, di sebalik cermin lut sinar dan di sebalik air jernih. Berbagai pandangan dan khilaf fukaha' dalam masalah ini. Ia disimpulkan seperti berikut.

1.Gambar.
a.      Boleh lihat gambar silang jantina ajnabi yang menutup aurat.
b.      Boleh lihat gambar suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
c.       Haram lelaki melihat gambar perempuan ajnabi yang hanya tutup anggota antara pusat dan    lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan harus jika tanpa syahwat.
d.      Harus wanita melihat gambar lelaki ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat.
e.      Haram lelaki dan wanita melihat gambar lelaki dan wanita bogel dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan boleh jika tanpa syahwat.

2.Gambar bergerak (seperti filem)
a.      Boleh lihat gambar bergerak lelaki dan perempuan ajnabi/yah yang menutup aurat.
b.      Boleh lihat  gambar bergerak suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
c.       Haram lelaki melihat gambar bergerak wanita ajnabi yang hanya menutup anggota antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)
d.      Haram melihat gambar bergerak lelaki dan wanita bogel. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)

3. Melihat bayang dalam cermin dan jasad di sebalik kaca lut sinar atau air jernih.
a.      Hanafiyah, haram melihat faraj dan aurat wanita (termasuk lelaki) di sebalik kaca lut sinar atau di sebalik air jernih. Harus melihat bayang-bayang aurat wanita (dan lelaki) dalam cermin. Bezanya, yang dilihat di sebalik kaca lut sinar dan air jernih ialah jasad, sedangkan bayang dalam cermin adalah bayang-bayang jasad, bukan jasad.
b.      Mazhab Zaidiyah, haram melihat aurat wanita (dan lelaki) di sebalik kaca telus, air jernih atau bayang dalam cermin atau lainnya.
c.       Pendapat pilihan, haram. Alasannya, tujuan pengharaman.

4. Melihat adegan-adegan sex.

Adegan-adegan sex boleh diklasifikasikan seperti berikut:-
a.      Single x, jika adegan itu filem, harus dengan syarat tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat, di sebalik cermin lut sinar, di sebalik air jernih atau bayang-bayang dalam cermin.
b.      Duble x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya
c.       Triple x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya.
d.      Harus suami isteri melihat adegan sex mereka dalam filem, bayang dalam cermin atau lainnya.

Melihat semua kes ini kerana hajat atau darurat syar`ie dibolehkan sekadar keperluan.

Telanjang

Bertelanjang ditegah (Kisah seorang lelaki pikul batu kemudian kainnya tertanggal, beliau terus memikul batu hingga sampai ke tempatnya, kemudian baru mengambil semula kainnya. Perbuatan itu diperbetulkan oleh Rasulullah s.a.w.)

Bertelanjang bersendirian dalam khulwah juga ditegah. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah lebih berhak untuk dimalui dari manusia".                      

Boleh mandi bertelanjang jika di dalam bilik bersendirian.
Boleh mandi telanjang suami isteri.

Berselimut telanjang.
Lelaki ditegah berselimut telanjang bersama lelaki lain, sekalipun keluarga terdekat. Begitu juga perempuan.

Adakah suara wanita aurat

Ada pendapat mengatakan suara perempuan aurat.
Ada pendapat mengatakan tidak.

Kesimpulannya:-
Suara wanita bukan aurat kerana ia suara perempuan. Tetapi ia aurat kerana sebab lain yang mendatang. Oleh itu tidak di tegah memperdengarkannya kepada ajnabi bila ada keperluan.

Lelaki ajnabi juga tidak ditegah mendengar suara wanita  ajnabiyah, dengan syarat suara itu tidak sengaja dimanja-manjakan, dilembut-lembutkan atau dikuat-kuatkan.

Lelaki ajnabi haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinyasekiranya beliau ada kemungkinan terfitnah/tergoda.

Beri salam antara lelaki dan wanita ajnabiyah.
Ada tiga pendapat:
a.      Haram, dengan syahwat atau tidak. Ini merujuk kepada pendapat yang mengatakan seluruh badan perempuan adalah aurat.
b.      Haram jika ada syahwat, dengan tujuan menikmati tangan wanita atau tidak aman fitnah. Pengharaman ini didasarkan kepada (menutup pintu kejahatan/maksiat)
c.       Rukhsah bersalaman dengan perempuan yang tidak lagi merangsang sex, kanak yang belum merangsang sex

Ketiga-tiga pendapat ini mengemukakan hujah masing-masing. Meneliti kepada perbincangan para fukaha' ini  kita tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berikut:

a.      Bersalaman silang jantina ajnabi harus dengan syarat tanpa syahwat, aman fitnah, tiada unsur ingin menikmati satu atau dua pehak. Jika syarat ini tidak dipenuhi bersalaman silang jantina ajnabi adalah haram.
b.      Keharusan bersalaman silang jantina ajnabi mestilah dibatasi kepada hajat. Ia juga sepatutnya dibatasi kepada keluarga terdekat atau keluarga persemendaan. Tidak ada keperluan dan tidak ada hajat untuk ia diperluaskan kepada yang lain. Amat baik jika lelaki dan wanita Islam tidak memulakan salam silang jantina ajnabi. Tetapi jika orang lain yang memulakan sambutlah. Mungkin di situ ada hajat atau adab untuk memelihara air muka orang, terutama dalam majlis-majlis rasmi, ada liputan akhbar yang bukan di bawah kawalan kita.

Dengan ini mereka yang melakukannya atas dasar-dasar di atas tidak merasa janggal atau merasakan dia telah mengabaikan ajaran agamanya. Dan supaya perbuatannya tidak dianggap salah oleh orang yang melihatnya. Masalah ini adalah masalah ijtihadiyah...

info dari http://hasni.blogdrive.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...