Thursday, May 3, 2012

Cara Membuat Air Penawar




Kaedah membuat air penawar tidak diterangkan dalam mana-mana blog perubatan. Anda cuba goggle dalam internet memang tak ada. Yang ada air penawar yang hendak dijual dari beberapa induvidu yang telah diruqyahkan oleh ustaz-ustaz atau murid-murid dari pondok agama. 

Harga pun boleh tahan juga. Kebanyakan kita selalu berjumpa dengan ustaz atau bomoh untuk mendapat air penawar bagi mengubati penyakit biasa seperti kencing manis, mencerdaskan minda, membuang angin dalam badan dan sebagainya. Ada juga mendapatkan air penawar untuk yang kena sihir,  penawar racun dan berbagai penyakit misteri yang lain.

Kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk membuat air penawar untuk kegunaan diri sendiri serta ahli keluarga.

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya. 
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
  1. Baca Al-Fatihah - 10x.
  2. Baca Ayatul Kursi - 1x.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
  4. Baca Surah Al-Falak - 1x.
  5. Baca Surah An Naas - 1x.
  6. Baca Surah Yunus - 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
  7. Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
  8. Penutup - Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Sila tinggalkan komen anda. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca. 

Wasallam.

1 comment:

  1. ustaz nama yg nak disebut tu nama sapa,,,kurang pasti yg pertama n kedua tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...