Thursday, November 15, 2012

Cara Penyediaan Pure Collagen





CARA PENYEDIAAN:

Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh sebanyak 5 kali sebelum direndam semalaman. Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan. Kemudian rebus ia sehingga mendidih dalam suhu yang sederhana selama 40 minit... di kacau sentiasa...120gram guna 3 liter air. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. Ketahui cara penyediaan lebih lanjut  

CARA PENGAMBILAN:-

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.



- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.



-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.  

-makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)



CAMPUR DENGAN OREN SUNQUICK ATAU JUS BUAH BUAHAN YANG LAIN



SEMASA REBUS BOLEH JUGA LETAK IBU SIRAP DAN GULA... COLLAGEN AKAN RASA LEBIH MANIS..


CARA MEMBUAT MASKER


CARA BUAT MASKER MUKA
Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT BERMINYAK )
Ssebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT NORMAL)
Campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.

CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT KERING)
Mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.




air rendaman semalaman rumpair laut ni jgn dibuang ya...- boleh buat rendam kaki lak utk hilangkan rekahan... pastu baru buang..- sapu kat kepala, biar kering sebentar, bilas.. utk masalah kelemumur & rambut x berapa nak ada..- sapu kat kulit tubuh ala2 lulur.. biar kering jap then bilas..

















SELAMAT MENCUBA....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...